Thursday 16 August 2012

Sang Serama Baru




 Sang serama yang belum nak bergaya. lahir 4 beradik tapi telah ditransfer hak milik lagi 2 ekor kepada penternak dari jengka 21. harap yang ini dapat mengikut lagak bapa untuk dijadikan apprentice baru. apa boleh buat abang dia baru saja bertukar tuan kepada cikgu sekolah sukan bukit jalil. inilah harapan pengganti . nak menunggu adik yang lain lama lagi la kot ibunya baru berterlur.
   Tapi kuning nih dah banyak sangat plak keluar, mungkin terpaksa dilepaskan jugak nanti. tunggu masa yang sesuai.

Monday 6 August 2012


Merbah jambul.

    Bosan duk termenung ja, terfikir lak nak tanya pasal cara nak membiakkan merbah jambul. ada sesiapa penah buat tak. saya dengan abang pernah mencuba tapi setakat masih belum berjaya. kali pertama cuba dengan kacuk merbah jambul dengan merbah kg biasa, pernah dapat anak. tapi anak mati jatuh dari sarang. mungkin kena kacau dengan burung lain kerana ada campur dengan burung murai batu.
   Cubaan kedua dengan induk sama telur tak nak menetas.

   Kami cuba dengan cara mebah jambul dengan jantan dan betina. tu pun kami agak ja, sukar untuk kenal merbah jambul jantan dan betina. Burung pernah bertelur dan mengeram, tapi banyak kali bertelur pun tak penah menetas. so sampai sekarang usaha kami masih gagal.
   Adakah cara nak membiak merbah jambuh dengan betul ek.